Sabtu, Februari 25, 2012

Rempah Ratus

Rempah ratus adalah antara bahan masakan yang penting diseluruh dunia sejak beribu tahun yang lalu. Tumbuhan ini digunakan dalam masakan untuk menyedapkan lagi hidangan dan beri makanana tersebut bauh yang sungguh harum.

Ada pelbagai Rampah Ratus di dunia ini, yang senang didapati dan digunakan secara harian dalam masakan adalah, Halia, Bawang putih, Bawang Merah, Lada Hitam dan Putih, Kayu Manis, Bunga Lawang, Minyak Sapi, Cengking, Pelaga, Bunga Lawang, Daun Ketumbar, Daun Pudina dan Lada Hijau.

Harga untuk Rempah Ratus tersebut boleh didapati dari $0.50 hingga $4 setiap kali dibeli. Seperti Bawang merah, 1kg, $1 dan 1 paket kayu manis berharga $1 dan Bunga Lawang 1 paket, $2. Daun Ketumbar dan Daun Pudina berharga $1 setiap paket.

Saya memilih hidangan Nasi Briyani untuk kerja ini kerana ia memang lazat dan ia boleh didapati di mana-mana di Singapura. Rempah Ratusnya juga senang didapati. Masakan ini juga boleh dimasak di rumah jika mahu. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari masakan ibu saya.

Bahan-bahan dalam masakan ini adalah Bawang Merah, Halia, Bawang Putih, Rempah Briyanni, Minyak Sapi, Cengkih, Pelaga, Kayu Manis, Bunga Lawang, Daun Ketumbar, Daun Pudina dan Lada Hijau.

Bawang Merah hiris dan digoreng dijadikan bawang goreng. Halia dan Bawang Putih ditumbuk halus. Rempah Briyani digaul bersama daging. Tumis Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih dan Buah Pelaga, Halia dan Bawang Putih. Masukkan Lada Hijau bila daging sudah setengah masak. Taburkan daun pudina dan Daun Ketumbar selepas habis masak.


Itulah entri saya untuk rempah ratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan