Isnin, Julai 26, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KESEPULUH

REFLEKSI

Hai kawan-kawan, ini adalah entri terakhir aku dan aku hendak memberi tahu kamu semua apa masalah yang dihadapi aku. Masalahnya ialah pantang larang yang didapati dari lelaman web tidak ada rasional atau falsafahnya jadi aku terpaksa tanya ibu dan mencari buku-buku di perpustakaan untuk rasional pantang larang tersebut.

Manfaat-manfaat yang boleh diraihkan daripada membuat semua kerja keras ini adalah aku dapat tahu lebih tentang budaya orang melayu dan juga lebih tentang pantang larang yang aku tidak pernah dengar tentang. Jadi bila aku kahwin, eh eh bukan bila tapi kalau. Kalau aku kahwin, dapat anak, bolehlah takutkan mereka dengan pantang larang ini semua terutama" Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu." hehehe.

Sekarang sudahlah tamat entri aku semua tentang pantang larang.Haraplah kamu semua sudah belajar perkara penting dalam entri-entri yang aku sudah membuat dengan semua semangat aku. Bye! harap jumpa lagi pada pertandingan yang lain! :D

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KESEMBILAN

MENGAPA SESETENGAH PANTANG LARANG MASIH LAGI DIAMALKAN SEBILANGAN MASYARAKAT MELAYU?

Wahai teman tapi mesra, bangsa melayu penuh dengan tradisi dan adat budaya. Pada masa silam, tradisi and adat budaya inilah yang membuat kita kaya. Bukan kaya dari segi kewangan tetapi kaya dari segi budaya. Satu elemen daripada budaya kita adalah pantang larang. Pantang larang adalah kepercayaan yang diwarisi dari nenek moyang kita. Khususnya, pantang larang adalah pengajaran atau nasihat yang diturunkan secara lisan. Ia mengandungi unsur-unsur moral. Sebagai contoh, "Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu." berfungsi untuk mengajar kaum wanita supaya tidak malas menolong di dapur. Macamlah aku ini jenis yang nak kahwin, ye tak? Cakap pasal kahwin, aku baru terbaca bahawa pantang larang untuk orang yang nak kahwin ada 44! Jadi, siapa-siapa yang ada abang atau kakak nak kahwin, suruhlah mereka membaca pantang-larang tersebut. Akhir sekali, pantang larang ini membentuk identiti kita sebagai orang melayu.

Ahad, Julai 25, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KELAPAN

PANTANG LARANG 6
Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

Hai kawan-kawan, jumpa lagi kami! sekarang aku akan berkongsi bersama kamu semua pantang larng keenam ia itu "Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki."Siapa hendak makan makanan dari senduk aku fikir.

Rasionalnya ialah jika kami makan dari senduk, kuman-kuman dari mulut kita akan kotorkan makanan tersebut dan makanan itu akan cepat basi dan akan dibuang. Ia juga kurang sopan untuk makan daripada senduk. Aku pun tidak akan buat bergitu. Itulag pantang larang untuk kali ini. Jumpa lagi ya! :D

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KETUJUH

PANTANG LARANG 5
Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

Hi kawan-kawan! Aku sudah datang balik dari mencari makan yang sedap di luar. hehe, Ni aku ada Nasi ayam khas dimasak oleh ibu saya yang sungguh bagus. Walaupun ia bukan dibeli di luar, ia memang tersedap di dalam dunia ini! WOOO!

Sekarang aku akan memberitahu kamu semua tentang lagi satu patnang larang iaitu"Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu". Rasionalnya ialah kerana pada waktu maghrib, ia masa untuk beribadah kepada Allah dan jika kami makan pada waktu maghrib, kami akan merasa malas untuk bangun dan sembahyang. Jadi orang dulu-dulu memakai pantang larang tersebut untuk menakutkan kanak-kanak pada zaman dulu. Aku pun dah takut. Hari ini tak boleh tidurlah. Tapi itu aku punya pasal. Engkau pulak boleh tidur hari ini! Jumpa lagi kawan! :D

Isnin, Julai 19, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KEENAM

PANTANG LARANG 4

Jangan makan organ dalamn haiwan seperti hati,pedal dan limpa kalau tidak mudah dapat penyakit .

Pantang larang seterusnya ialah "Jangan makan organ dalaman haiwan seperti hati,pedal dan limpa kalau tidak mudah dapat penyakit". Rasional untuk pantang larang tersebut ialah kerana organ dalaman haiwan ini secara saintifiknya memang tidak elok dimakan kerana bahagian ini berfungsi dalam proses perkumuhan haiwan berkenaan dan jika kami makan orang dalaman haiwan, kami akan mendapat penyakit kerana ia ada fungsinya sendiri.

Alamak, cakap pasal organ ini semua buat aku lampar tapi sudah tiada selera nak makan. Tidak apalah. Aku cari makan yang suuuunggguh lazat. Di luar. hehe. Chi-ao!

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KELIMA

PANTANG LARANG 3
Jangan makan berubah-ubah tempat, nanti berkahwin ramai

Pantang larang yang aku akan memberitahu kamu ialah "Jangan makan berubah-ubah tempat, nanti berkahwin ramai" Rasional belakang pantang larang ini ialah beralih-alih tempat ketika menikmati makanan dilarang bagi mengelakkan rumah bersepah, lagipun tidak manis dipandang.

Sekarang tahulah kami kerana kami tidak sepatutnya beralih-alih tempat bila makan. Benarnya adalah aku pernah percaya kepada pantang larang ini bila ibu aku memberitahukan aku tentang pantang larang ini. Aku pun tak berani beralih tempat semasa makan. Sekarang tahulah rasional belakang pantang larang ini bolehlah beralih temapt semasa makan.hehe.

Rabu, Julai 14, 2010

ERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KEEMPAT

PANTANG LARANG 2
"Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering."

Wahai kawan-kawan lagi, sedap sikit makan sebentar tadi. Sekarang, aku akan memberitahu kamu tentang pantang larang nombor 2 iaitu "Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.". Rasional pantang larang ini ialah kalau makan petai atau jering yang bau busuk, bau mulut pun akan busuk dan bila buang air kecil atau besar, najis yang dikeluar juga akan bau busuk sekali! Phew. bauu.

Itulah pantang larang kedua, selamat jumpa lagi kawan! :D

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KETIGA

PANTANG LARANG 1
Kalau makan nasi kena habiskan,kalau tidak nasi akan menangis

"Kalau makan nasi kena habiskan,kalau tidak nasi akan menangis" adalah antara salah satu pantang larang yang aku memilih. Penerangan untuk pantang larang ini ialah kerana pada masa dulu, makanan susah untuk didapati kerana orang dahulu mempunyai masalah mencari duit.Ia kerana kerja dahulu memberi duit yang sedikit sahaja dan mereka mempunyai keluarga yang besar jadi mereka harus menyuapkan ramai orang keluarga mereka.

Sekarang aku pun lapar mahu makan, tapi jangan bimbang, aku akan datang balik sebentar lagi untuk memberitahu kamu semua lebih tentang pantang larang MAKAN. Jumpa lagi!

Selasa, Julai 13, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KEDUA

PANTANG LARANG KETIKA MAKAN

Hai, Kawan-kawan ,aku memilih kategori pantang larang ketika makan kerana aku suka makan, hehehehe, dan juga kerana pantang larang makan ada banyak yang pelbagai dan yang menarik. Aku juga rasa lapar sebab itu aku memilih kategori tersebut.

Aku juga akan belajar lebih tentang pantang larang tersbut dan mendapat tahu adat-adat orang melayu dulu dan juga boleh menjadi sopan santun. Jadi begitu aku akan menjadi orang yang baik seperti SUPERMAN!!

Isnin, Julai 12, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI PERTAMA

PERASAAN DAN PRESEDIAAN

Aku berasa bangga kerana aku dapat dipilih untuk pertandingan ini dan jika aku dapat tempat pertama, gembiralah aku.Rakan-rakan aku juga dipilih untuk pertandingan tersebut.Aku rasa pertandingan ini adalah sesuatu perkara yang baik kerana kami dapat mengetahui lebih dalam budaya melayu. Sebagai seorang melayu, Aku berasa bahawa ramai orang sudah mula lupa budaya dan bahasa melayu.

Fokus aku untuk pertandingan ini ialah pantang larang kerana pantang larang ialah salah satu cabang budaya melayu dan ia digunakan oleh orang-orang lama untuk mangajar kanak-kanak tentang nilai moral dan sikap-sikap positif.

Aku akan pergi ke perpustakaan dan pergi ke pelbagai lelaman web untuk mendapat lebih infomasi tentang pantang larang masyarakat Melayu. Selain itu, untuk membuat blog aku lebih menarik dan interaktif, aku akan memuatnaikkan gambar-gambar dan klip-klip video ke dalam blog. Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang .