MENGAPA SESETENGAH PANTANG LARANG MASIH LAGI DIAMALKAN SEBILANGAN MASYARAKAT MELAYU?
Wahai teman tapi mesra, bangsa melayu penuh dengan tradisi dan adat budaya. Pada masa silam, tradisi and adat budaya inilah yang membuat kita kaya. Bukan kaya dari segi kewangan tetapi kaya dari segi budaya. Satu elemen daripada budaya kita adalah pantang larang. Pantang larang adalah kepercayaan yang diwarisi dari nenek moyang kita. Khususnya, pantang larang adalah pengajaran atau nasihat yang diturunkan secara lisan. Ia mengandungi unsur-unsur moral. Sebagai contoh, "Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu." berfungsi untuk mengajar kaum wanita supaya tidak malas menolong di dapur. Macamlah aku ini jenis yang nak kahwin, ye tak? Cakap pasal kahwin, aku baru terbaca bahawa pantang larang untuk orang yang nak kahwin ada 44! Jadi, siapa-siapa yang ada abang atau kakak nak kahwin, suruhlah mereka membaca pantang-larang tersebut. Akhir sekali, pantang larang ini membentuk identiti kita sebagai orang melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan