PERASAAN DAN PRESEDIAAN
Aku berasa bangga kerana aku dapat dipilih untuk pertandingan ini dan jika aku dapat tempat pertama, gembiralah aku.Rakan-rakan aku juga dipilih untuk pertandingan tersebut.Aku rasa pertandingan ini adalah sesuatu perkara yang baik kerana kami dapat mengetahui lebih dalam budaya melayu. Sebagai seorang melayu, Aku berasa bahawa ramai orang sudah mula lupa budaya dan bahasa melayu.
Fokus aku untuk pertandingan ini ialah pantang larang kerana pantang larang ialah salah satu cabang budaya melayu dan ia digunakan oleh orang-orang lama untuk mangajar kanak-kanak tentang nilai moral dan sikap-sikap positif.
Aku akan pergi ke perpustakaan dan pergi ke pelbagai lelaman web untuk mendapat lebih infomasi tentang pantang larang masyarakat Melayu. Selain itu, untuk membuat blog aku lebih menarik dan interaktif, aku akan memuatnaikkan gambar-gambar dan klip-klip video ke dalam blog. Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan